IQNA

Apa itu Al-Quran? / 12

Renungan keutamaan bahasa Arab Al-Quran

12:27 - July 05, 2023
Berita ID: 3102814
TEHRAN (IQNA) – Salah satu ciri yang telah diterangkan oleh Allah terhadap Al-Quran ialah Al-Quran itu adalah berbahasa Arab. Tetapi apakah keutamaan bahasa Al-Quran yang telah dibicarakan oleh Al-Quran sendiri?

Salah satu ciri Al-Quran ialah berbahasa Arab. Sifat ini yang berkaitan dengan bahasa turunnya Al-Quran telah diulang beberapa kali dalam Al-Quran, yang menunjukkan kepentingannya: 

إِنَّا أَنْزَلْناهُ قُرْآناً عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُون
"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya". (Qs, Yusuf 12:2).

Rujukan ini juga dinyatakan dalam ayat 113 Surah Taha, ayat 28 Surah Zumar, ayat 37 Surah Raad, ayat 12 Surah Ahqaf, dan ada beberapa surah lain. Dalam menjelaskan mengapa Al-Quran adalah bahasa Arab, boleh dikatakan bahawa bahasa ini telah dipertimbangkan dalam ayat-ayat ini kerana kefasihan dan kelebihannya berbanding bahasa-bahasa lain.

Bahasa Arab Hijaz, kerana banyaknya kata ganti nama (perkataan yang menggantikan sekumpulan kata nama, contohnya: dia, mereka, kamu, saya dan kita, perbezaan antara gandaan (dua), tunggal (satu) dan jamak (lebih daripada dua) kata ganti nama, perbezaan antara bentuk maskulin (lelaki) dan feminin (perempuan) dan mempunyai pelbagai jenis kata jamak, mempunyai kiasan, metafora, dan lain-lain mempunyai banyak kemungkinan untuk menyatakan jumlah kandungan terbesar dalam jumlah perkataan terkecil, tanpa kesamaran dan kekurangan.

Selain daripada aspek kefasihan bahasa Arab yang membezakannya dengan bahasa-bahasa lain, juga keindahan ekspresi (ungkapan) dan ekspresif (kemudahan difahami) merupakan ciri-ciri lain yang tersendiri bagi bahasa Arab. Sebab ini menjadikan bahasa Arab lebih unggul daripada bahasa-bahasa lain dan Al-Quran diturunkan dalam bahasa ini menjadi jelas dan ekspresif. 

Di samping itu, salah satu sebab Al-Quran sendiri diturunkan dalam bahasa Arab ialah tradisi Allah mengutus Nabi menurut bahasa kaum tersebut, maka oleh kerana Nabi Islam diutuskan di kalangan orang Arab, maka mesti ada kitab yang akan mereka mengaji dengannya, hendaklah berbahasa Arab.

وَلَوْ جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا أَعْجَمِيًّا لَقَالُوا لَوْلَا فُصِّلَتْ آيَاتُهُ ۖ أَأَعْجَمِيٌّ وَعَرَبِيٌّ ۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى ۚ أُولَٰئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ
"Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)". (Qs, Fussilat 41:44).

Jika kita melihat status bahasa Arab sebelum dan selepas Al-Quran diturunkan dalam perspektif sejarah, kita akan menyedari bahawa orang Arab jahiliah mengetahui banyak peraturan retorik dan sebahagian daripada mereka mempunyai kemahiran yang mereka berkemampuan menilai syair-syair yang baik dari syair yang buruk di kalangan penyair. Mereka memisahkannya daripada yang lain dan menyatakan  berdasarkan kriteria retorik (pilihan kata, makna dan puitis).

Al-Quran meminta orang-orang Arab itu untuk menyusun surah seperti surah-surah Al-Quran, jika mereka boleh, tetapi bukan sahaja mereka tidak boleh, tetapi juga pada zaman terkemudian tidak ada yang boleh membawa surah seperti surah-surah Al-Quran. Dan ini adalah contoh yang baik untuk menjelaskan bahawa sebenarnya Al-Quran itu bukan buatan manusia, tetapi Al-Quran adalah kata-kata wahyu Tuhan, oleh itu kefasihan Al-Quran, walaupun penulis Arab yang berkemahiran tinggi sekalipun tidak mampu menandinginya.

captcha