IQNA

Al-Quran Braille pertama diterbitkan di Tunisia

7:07 - November 04, 2021
Berita ID: 3100365
TEHRAN (IQNA) - Juzuk ke 30 Al-Quran (Juz Ammah) dalam Braille diterbitkan buat pertama kali di Tunisia untuk membantu orang buta dalam membaca Al-Quran.

Laporan IQNA, memetik berita shemsfm, Kementerian Hal Ehwal Agama Tunisia telah menerbitkan Juzuk ke 30 Al-Quran dalam tulisan Braille, untuk berkhidmat kepada Al-Quran dan memudahkan orang buta untuk membaca firman Tuhan.

Kementerian mengumumkan dalam satu kenyataan pada hari Selasa, 2 November, bahawa percetakan Al-Quran dalam Braille dibuat pertama kali di Tunisia.

Bahagian Al-Quran ini telah diterbitkan oleh Persatuan Absar dengan kebenaran Jawatankuasa Mushaf di Majlis Tertinggi Islam Tunisia, setelah disemak oleh para penghafal Al-Quran orang-orang terang hati (yang berkeupayaan khas).

Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia juga telah memberi kuasa kepada Direktorat Am Perlindungan Al-Quran untuk mengedarkan mushaf braille Al-Quran di masjid pusat di seluruh negara pada fasa pertama.

Kementerian bercadang untuk mencetak seluruh Al-Quran dalam huruf Braille dan mengedarkannya di masjid-masjid dan di kalangan semua orang berkeupayaan khas ini.

4010210

captcha