IQNA

Al-Azhar: Ahli hasutan politik berusaha memecah belahkan umat Islam

14:24 - October 17, 2021
Berita ID: 3100291
TEHRAN (IQNA) - Al-Azhar dan Mufti Mesir mengeluarkan kenyataan berasingan yang menggambarkan serangan ke atas masjid Syiah di Afghanistan bertentangan dengan ajaran Islam, dengan menekankan bahawa golongan hasutan politik ingin memecahbelahkan umat Islam setelah 14 abad.

Lapor IQNA, dari masrawy.com; Al-Azhar mengecam serangan pengganas ke atas masjid di bandar Kandahar di Afghanistan selatan, yang membunuh dan mencederakan puluhan warga.
Al-Azhar mengatakan dalam sebuah pernyataan: "Menyebarkan perbezaan mazhab dan menyalahgunakannya untuk menumpahkan darah dan mengintimidasi orang awam yang tidak bersalah adalah pengkhianatan terhadap ajaran Islam, yang menuntut untuk membuat kebijaksanaan, dakwah dan menangani masalah dengan cara baik untuk menuju kepada Allah swt; Tetapi mereka yang membunuh jamaah di rumah dan masjid Allah telah menjual agama mereka dengan murah di dunia ini dan akan dihukum di akhirat. ”

Menurut kenyataan itu, para penghasut politik memanfaatkan perbezaan antara mazhab pemikiran Islam untuk memecah-belahkan umat Islam, sehingga lupa bahawa penganut mazhab-mazhab ini telah hidup bersama dalam dunia Islam selama lebih dari 14 abad.

Mufti Mesir dan ketua Sekretariat Institut Fatwa Dunia, Dr. Syauqi Allam juga mengutuk serangan pengganas di sebuah masjid Syiah di Kandahar, Afghanistan, yang mengorbankan 62 orang dan mencederakan lebih dari 70 yang lain.

4005245

captcha